BIODATA RASULULLAH S.A.W
๐ Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalibs bin Hashim.
๐ Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa tentara bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaโbah)
๐ Tempat lahir : Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.
๐ Nama bapak : Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.
๐ Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.
๐ Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah SAW).
๐ Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
๐ Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saโdiah (lebih dikenali Halimah As-Saโdiah, suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
๐ Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
๐ Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa โ
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muththalib.
USIA 8 TAHUN
๐ Datuknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapak saudaranya, Abu Thalib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
๐Bersama bapak saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
๐Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
USIA 20 TAHUN
๐Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab โSirahโ, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
๐Menyaksikan โ perjanjian Al-Fudhul โ ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
๐Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
๐Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
๐Baginda SAW bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
๐Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
๐Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaโbah.
๐Pembinaan semula Kaโbah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
๐Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan โHajarul-Aswadโ ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
๐Menerima wahyu di gua Hiraโ sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
๐Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
๐Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
๐Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
๐ Khadijah Binti Khuwailid.
๐ Saudah Binti Zamโah.
๐ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).
๐ Hafsah binti โUmar (anak Sayyidina โUmar bin Al-Khattab).
๐ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
๐ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
๐ Zainab Binti Jahsy.
๐ Maimunah Binti Harith.
๐ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
๐ Zainab Binti Khuzaimah (digelar โUmmu Al-Masakinโ, Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1.๐ Qasim
2.๐ Abdullah
3.๐ Ibrahim
4.๐ Zainab
5.๐ Ruqaiyah
6.๐ Ummi Kalthum
7.๐ Fatimah Al-Zahraโ
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
๐ Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak kepada Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin
dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
- Thuwaibah โ Hamzah
- Abu Salamah โ Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
- Halimah Al-Saidiyyah โ Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthallib
- Abdullah bin Harith bin Abdul โ Uzza
- Syaima โ binti Harith bin Abdul โ Uzza
- โAisyah binti Harith bin abdul โ Uzza
BAPAK DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
( ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTHTHALIB)
- Al-Harith
- Muqawwam
- Zubair
- Hamzah *
- Al-Abbas *
- Abu Talib
- Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
- Abdul Kaโbah
- Hijl
- Dhirar
- Umaimah
- Al-Bidha (Ummu Hakim)
- Atiqah ##
- Arwa ##
- Umaimah
- Barrah
- Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *
- masuk Islam.
Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
โSesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku
Dan sesiapa yang mencintai aku niscaya dia bersama-samaku di dalam syurgaโ
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
ุงูููู ุตูู ูุณูู ุนูู ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ูุนูู ุขูู ูุงุตุญุงุจู ูุณูู
Nabi Muhammad SAW โ Manusia agung
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH
๐Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bertemu muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
๐ Aku belum pernah melihat lelaki yang segagah Rasulullah saw..
๐ Aku melihat cahaya dari lidahnya.
๐ Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
๐ Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
๐ Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
๐ Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
๐ Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
๐ Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
๐ Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
๐ Wajahnya seperti bulan purnama.
๐ Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
๐ Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
๐ Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
๐ Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
๐ Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
๐ Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
๐ Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
๐ Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
๐Janggutnya penuh dan tebal menawan.
๐ Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
๐ Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
๐ Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
๐ Rambutnya sedikit ikal.
๐ Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
๐ Rambutnya terbelah di tengah.
๐ Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
๐ Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
๐ Seimbang antara kedua bahunya.
๐ Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
๐ Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
๐ Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
๐ Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
๐ Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
๐ Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
๐ Warna putihnya lebih banyak.
๐ Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
๐ Warna kulitnya putih tapi sehat.
๐ Kulitnya putih lagi bercahaya.
๐ Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kokoh.
๐ Badannya tidak gemuk.
๐ Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi gagah.
๐ Perutnya tidak buncit.
๐ Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
P2504
ย
ย