Dari Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallaahu ‘anhu, dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,

عَلَى كلّ مُسْلِمٍ صَدَقَةٌ
“Setiap Muslim wajib bersedekah.”
Ada orang yang bertanya,
أرأيتَ إنْ لَمْ يَجِدْ ؟
“Bagaimana pendapat engkau jika seseorang tidak mempunyai apa-apa (untuk disedekahkan)?”
Beliau menjawab,
يَعْمَلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ
“Hendaklah dia bekerja dengan kedua tangannya, sehingga hasilnya dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri dan untuk bersedekah.”
Orang itu bertanya lagi,
أرأيتَ إن لَمْ يَسْتَطِعْ ؟
“Bagaimana pendapat engkau jika orang itu tidak mampu melakukannya?”
Beliau menjawab,
يُعِينُ ذَا الحَاجَةِ المَلْهُوفَ
“Hendaklah dia membantu orang yang memerlukan lagi terdesak kebutuhan.”
Orang itu kembali bertanya,
أرأيتَ إنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
“Lantas bagaimana pendapat engkau jika dia tidak mampu melakukannya juga?”
Beliau menjawab,
يَأمُرُ بِالمعْرُوفِ أوِ الخَيْرِ
“Hendaklah dia menyuruh (orang lain agar) berbuat yang ma’ruf atau kebaikan.”
Untuk kesekian kalinya, orang itu bertanya,
أرَأيْتَ إنْ لَمْ يَفْعَلْ ؟
“Bagaimana pula pendapat engkau jika dia pun tidak bisa melakukan hal itu?”
Maka beliau menjawab,
يُمْسِكُ عَنِ الشَّرِّ ، فَإِنَّهَا صَدَقَةٌ
“Hendaklah dia menahan diri untuk tidak berbuat jahat, sebab yang demikian termasuk sedekah.”
[Muttafaq ‘Alaih. Hadits ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari (III/107 – Fathul Bari) dan Muslim (no. 1008)]
Silahkan SHARE semoga bermanfaat

Artikel Terkait

WhatsApp chat